Israel lancar serangan udara ke atas Hamas di Gaza

Israel lancar serangan udara ke atas Hamas di Gaza

Serangan udara itu menyasarkan kilang roket Hamas dan kemudahan pengeluaran senjata.

Serangan itu sebagai tindak balas terhadap roket yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza, menurut kenyataan tentera Israel. (Gambar AP)
BANDARAYA GAZA:
Pesawat pejuang Israel dilaporkan melancarkan serangan udara ke atas dua kubu kuat kumpulan Hamas yang terletak di Semenanjung Gaza.

Serangan udara itu menyasarkan kilang roket Hamas dan kemudahan pengeluaran senjata lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Tentera Israel.

Kilang itu merupakan pusat pengeluaran roket terbesar di Semenanjung Gaza.

Menurut kenyataan berkenaan serangan itu sebagai tindak balas terhadap roket yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza.

Setakat ini tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan akibat serangan itu.

Tentera Israel sebelum ini mendakwa satu daripada dua roket yang dilancarkan dari Gaza ke bandar Ashkelon baru-baru ini berjaya dimusnahkan oleh sistem pertahanan udara Iron Dome.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.