Ivana Trump meninggal dunia pada usia 73 tahun

Ivana Trump meninggal dunia pada usia 73 tahun

Bekas isteri Donald Trump itu meninggal dunia di rumahnya di New York City.

Ivana Trump, dilahirkan di Czechoslovakia dan merupakan seorang model ketika bertemu dengan bekas presiden Amerika Syarikat itu pada 1976. (Gambar AP)
WASHINGTON:
Bekas isteri Donald Trump, Ivana Trump, meninggal dunia pada usia 73 tahun, lapor Sputnik

“Saya dengan penuh kesedihan saya maklumkan kepada semua yang menyayanginya, bahawa Ivana Trump telah meninggal dunia di rumahnya di New York City.

“Beliau seorang wanita yang hebat, cantik dan mengagumkan, serta menjalani kehidupan yang hebat dan penuh inspirasi,” kata Trump di media sosial.

Ivana Trump, dilahirkan di Czechoslovakia dan merupakan seorang model ketika bertemu dengan bekas presiden Amerika Syarikat itu pada 1976.

Pasangan itu berkahwin pada 1977 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Eric Trump, Ivanka Trump, dan Donald Jr Trump.

Rumah tangga pasangan itu mendapat liputan di seluruh dunia termasuk kes perceraian mereka pada 1992.

Ivana juga memainkan peranan utama membangunkan Organisasi Trump, dan dilantik naib presiden eksekutif untuk reka bentuk dalaman, fesyen dan produk kecantikan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.