PM Ukraine anggar kos pemulihan negara cecah USD750 bilion

PM Ukraine anggar kos pemulihan negara cecah USD750 bilion

Denys Shmyhal mencadangkan aset Rusia dan oligarki yang dirampas dari negara itu digunakan untuk biaya pembinaan semula Ukraine.

Perdana Menteri Ukraine Denys Shmyhal berkata aset Rusia bernilai USD300 hingga USD500 bilion Rusia telah dibekukan dan sebahagian daripada wang itu telah dirampas kerajaan asing. (Gambar AP)
MOSCOW:
Akibat operasi ketenteraan Rusia di Ukraine, kos membina semula negara dilanda perang itu kini dianggarkan akan menelan belanja sekitar USD750 bilion, kata Perdana Menteri Ukraine Denys Shmyhal, pada Isnin.

“Siapa yang harus bertanggungjawab membayar kos pemulihan negara, yang kini dianggar bernilai USD750 bilion?

“Kami rasa aset Rusia dan oligarki negara itu yang dirampas boleh digunakan untuk membiayai pembinaan semula Ukraine,” katanya pada Persidangan Pemulihan Ukraine di Switzerland.

Shmyhal berkata, aset Rusia bernilai USD300 hingga USD500 bilion Rusia telah dibekukan dan sebahagian daripada wang itu telah dirampas kerajaan asing.

Ukraine juga mengalu-alukan derma daripada pelbagai negara dan pemberi pinjaman antarabangsa bagi memperoleh lebih banyak pembiayaan, lapor Sputnik.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.