
Seramai 288 “rakyat dan penduduk” ditahan kerana melanggar peraturan haji, kata ketua keselamatan haji Leftenan Jeneral Mohammed al-Basami dalam sidang media yang disiarkan media kebangsaan.
Katanya, mereka didenda 10,000 riyal (sekitar RM11,800) setiap seorang.
Pegawai turut mengenakan sekatan di sekitar Makkah dan melarang hampir 100,000 yang menaiki lebih 69,000 kenderaan daripada memasuki bandar suci itu, katanya.
Sejuta orang, termasuk 850,000 dari luar negara, dibenarkan menjalani ibadat haji tahun ini selepas dua tahun wabak pandemik memaksa kawalan bilangan jemaah.
Sekurang-kurangnya 650,000 jemaah telah tiba dari luar negara setakat Ahad, kata pihak berkuasa.