Angka kematian akibat tanah runtuh di Manipur, India meningkat 42 orang

Angka kematian akibat tanah runtuh di Manipur, India meningkat 42 orang

20 orang masih hilang dalam kejadian tanah runtuh yang menjejaskan kem pembinaan landasan kereta api Tupul pada tengah malam Rabu lalu.

Operasi mencari dan menyelamat 20 orang masih hilang dalam kejadian tanah runtuh itu memasuki hari kelima. (Gambar AP)
NEW DELHI:
Angka kematian akibat tanah runtuh minggu lalu di Manipur, timur laut India mencecah 42 orang pada Isnin ketika operasi mencari dan menyelamat memasuki hari kelima.

Menurut pegawai di daerah Noney, 20 orang masih hilang dalam kejadian tanah runtuh yang menjejaskan kem pembinaan landasan kereta api Tupul pada tengah malam Rabu lalu.

“Operasi menyelamat masih diteruskan. Pada hari pertama, 18 orang mangsa yang masih hidup berjaya diselamatkan. Ketika ini, harapan untuk menemui mangsa yang masih hidup semakin tipis,” kata pegawai kanan pentadbiran Solomon Fimate kepada agensi berita Anadolu.

Pegawai itu turut berkata pengecaman mayat juga semakin sukar berikutan keadaan mayat yang semakin mereput.

Antara korban ialah anggota tentera India yang dtugaskan untuk mengawasi landasan kereta api sedang dalam pembinaan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.