Ribuan penumpang terkandas akibat 65 penerbangan dibatal di Lisbon

Ribuan penumpang terkandas akibat 65 penerbangan dibatal di Lisbon

Ada yang mendakwa ia akibat tayar jet peribadi pecah yang memaksa landasan ditutup, tetapi ada pula mendakwa kekangan perkhidmatan di beberapa lapangan terbang Eropah.

Lapangan terbang Lisbon mengambil langkah sewajarnya, termasuk membuka kaunter mudah alih tambahan untuk menjadualkan semula penerbangan. (Gambar Twitter AviationSource)
LISBON:
Sebanyak 65 penerbangan di lapangan terbang Lisbon dibatalkan pada Sabtu, mengakibatkan ribuan penumpang terkandas dan terpaksa beratur panjang, lapor Xinhua.

Menurut syarikat penerbangan TAP, pembatalan itu disebabkan insiden tayar jet peribadi pecah yang memaksa landasan lapangan terbang ditutup.

Sebaliknya, pengawal udara ANA (Aeroportos de Portugal) mendakwa ia disebabkan masalah yang lebih besar, iaitu kekangan perkhidmatan di beberapa lapangan terbang Eropah.

“Sebanyak 65 penerbangan dibatalkan hari ini – 40 ketibaan dan 25 pelepasan, akibat masalah perkhidmatan di beberapa lapangan terbang Eropah,” kata ANA dalam kenyataan.

Lapangan terbang Lisbon mengambil langkah sewajarnya, termasuk membuka kaunter mudah alih tambahan untuk menjadualkan semula penerbangan.

Kelewatan dan pembatalan penerbangan di lapangan terbang Eropah juga susulan pekerja terminal dan syarikat penerbangan melancarkan mogok.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.