Jangkitan cacar monyet naik 3 kali ganda di Eropah, kata WHO

Jangkitan cacar monyet naik 3 kali ganda di Eropah, kata WHO

Jumlah kes cacar monyet di Eropah kini melepasi 4,500 kes, mewakili hampir 90% daripada semua kes yang disahkan di makmal dan di peringkat global sejak pertengahan Mei.

Majoriti jangkitan cacar monyet melibatkan mereka yang berumur 21 hingga 40 tahun, dengan 99% daripadanya lelaki, kebanyakannya pernah melakukan hubungan homoseksual. (Gambar WHO)
MOSCOW:
Bilangan kes cacar monyet di Eropah meningkat tiga kali ganda dalam tempoh dua minggu lalu, melepasi 4,500 kes dan kebanyakannya dikesan dalam kalangan mereka berumur 21 hingga 40 tahun, lapor Sputnik.

“Wilayah Eropah mewakili hampir 90% daripada semua kes yang disahkan di makmal dan di peringkat global sejak pertengahan Mei, terdapat enam negara dan kawasan baharu – menjadikan jumlah keseluruhan 31 – telah melaporkan kes cacar monyet,” kata Pengarah Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Eropah, Hans Kluge dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, majoriti jangkitan dikesan melibatkan mereka berumur 21 hingga 40 tahun, dengan 99% daripadanya lelaki, kebanyakannya pernah melakukan hubungan homoseksual.

Setakat ini, WHO belum menerima sebarang data mengenai kematian akibat jangkitan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.