
SFA memaklumkan bekalan ayam yang telah diluluskan dari Indonesia kini boleh diimport sebagai sumber tambahan bekalan sedia ada dari Brazil, Thailand dan Australia.
“Usaha SFA itu dilihat sebagai satu langkah ke hadapan dalam mempelbagaikan sumber bekalan makanan dan meningkatkan daya tahan bekalan.
“Langkah ini akan melindungi kita daripada ketidaktentuan bekalan global,” menurut SFA di Facebook.
SFA memaklumkan bahawa kepelbagaian telah menjadi asas kepada strategi menjamin keselamatan makanan Singapura.
“Kerajaan telah melakukan perancangan jangka panjang dan mengambil tindakan secara proaktif melindungi bekalan makanan Singapura,” menurut SFA.
Singapura telah mempelbagaikan sumber makanannya sejak sekian lama, terutama membabitkan makanan asasi seperti telur, ayam dan sayur-sayuran.