Hampir 600 banduan berjaya larikan diri dari pusat pemulihan di Sri Lanka

Hampir 600 banduan berjaya larikan diri dari pusat pemulihan di Sri Lanka

Menurut polis, ia selepas pertempuran antara dua kumpulan banduan tercetus.

Operasi menjejaki banduan yang melarikan diri telah dilancarkan, menurut jurucakap polis.
COLOMBO:
Sekitar 600 tahanan berjaya melarikan diri dari pusat pemulihan di Polonnaruwa, Sri Lanka pada Rabu selepas pertempuran antara dua kumpulan banduan tercetus, menurut polis.

Jurucakap polis Nihan Thalduwa berkata anggota tentera dan polis tambahan telah dikerah ke lokasi kejadian untuk mengawal keadaan, dan operasi menjejaki banduan yang melarikan diri telah dilancarkan, lapor Xinhua.

Thalduwa berkata baki 400 tahanan bertindak menghalang pasukan tentera dan polis daripada memasuki premis itu.

Kawalan keselamatan diperketatkan di sekitar pusat pemulihan yang menempatkan kira-kira 1,000 banduan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.