Kapal angkasa China peroleh imej seluruh planet Marikh

Kapal angkasa China peroleh imej seluruh planet Marikh

Tianwen-1 China yang dikemudi tanpa kru berjaya 'menakluki' planet merah itu pada Februari 2021 dalam misi sulung negara berkenaan ke sana.

Imej Marikh yang diambil kapal angkasa China Tianwen-1 (Gambar Reuters)
BEIJING:
Selepas mengelilingi Marikh lebih 1,300 kali sejak awal tahun lalu, akhirnya sebuah kapal angkasa China berjaya memperoleh data membabitkan meliputi seluruh Marikh, termasuk visual kutub selatannya.

Menurut media milik kerajaan China, Tianwen-1 China yang dikemudi tanpa kru berjaya ‘menakluki’ planet merah itu pada Februari 2021 dalam misi sulung negara berkenaan ke sana.

Sejak itu, sebuah jentera robotik digunakan di permukaan ketika pengorbit meninjau planet terbabit dari angkasa.

Antara imej yang diambil dari angkasa ialah gambar pertama China di kutub selatan Marikh, di mana hampir semua sumber air di planet ini tertutup.

Pada 2018, siasatan orbit yang dikendalikan oleh Agensi Angkasa Eropah menemui air di bawah ais kutub selatan planet itu.

Pengesanan air di bawah permukaan adalah faktor utama untuk menentukan potensi planet bagi menampung kehidupan serta menyediakan sumber kekal untuk sebarang penerokaan manusia di sana.

Imej lain yang diperoleh Tianwen-1 ialah gambar gaung Valles Marineris sepanjang 4,000 kilometer (km) dan kawah hentaman tanah tinggi di utara Marikh yang dikenali sebagai Arabia Terra.

Tianwen-1 juga menghantar semula imej dengan resolusi tinggi membabitkan di hujung kawah Maunder yang luas, serta pemandangan bahagian atas Ascraeus Mons 18,000 meter, gunung berapi perisai besar yang pertama kali dikesan oleh kapal angkasa Mariner 9 Nasa lebih lima dekad yang lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.