11 tentera, 2 orang awam maut bas diserang hendap di Syria

11 tentera, 2 orang awam maut bas diserang hendap di Syria

Serangan hendap berlaku 6.30 pagi waktu tempatan ketika dalam perjalanan dari wilayah utara Raqqa ke wilayah tengah Homs di kawasan dikenali al-Jireh.

Laporan mengatakan belum ada pihak mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu, namun menyebut ia merupakan serangan pengganas. (Gambar Twitter)
DAMSYIK:
Sebelas askar dan dua orang awam terbunuh dalam satu serangan ke atas sebuah bas di utara Syria pada Isnin, menurut kenyataan tentera Syria.

Bas itu diserang hendap pada pukul 6.30 pagi waktu tempatan (0330 GMT) semasa dalam perjalanan dari wilayah utara Raqqa ke wilayah tengah Homs di kawasan dikenali al-Jireh, lapor Xinhua memetik kenyataan itu.

Laporan sebelum ini mengatakan, kesemua yang mati adalah anggota tentera tetapi pihak tentera berkata, hanya tiga anggotanya cedera dalam serangan itu.

Kenyataan itu menyebut ia merupakan satu serangan pengganas namun tidak menamakan pihak yang bertanggungjawab.

Belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.