
Pembangkang menjangka perbahasan mengenainya diadakan bulan depan, yang diharapkan menjatuhkan kerajaan 17 parti pimpinan Prayuth. Ini juga undi tidak percaya terakhir dihadapi Prayuth, 68, sebelum penggalnya berakhir pada Mac tahun lalu.
Prayuth, jeneral bersara yang menjadi perdana menteri selepas rampasan kuasa pada 2014, setakat ini berjaya mengatasi tiga undi seumpama itu sejak pilihan raya 2019.
“Beliau pemimpin yang pemikirannya cacat, tidak mahu melepaskan kuasa, tidak menghormati kedaulatan undang-undang, tidak bermoral dan gagal menguruskan hal ehwal negara,” kata Chonlanan Srikaew, ketua blok pembangkang dalam sidang dewan.
Penganalisis berkata, majoriti 253 kerusi dipegang kerajaan berbanding 208 yang dikuasai pembangkang berkemungkinan besar bererti usul itu tidak akan berjaya.
Sementara itu, jurucakap kerajaan Thanakorn Wangboonkongchana berkata kerajaan tiada apa-apa untuk dibimbangkan,.
“Perdana menteri bersedia memberi penjelasan kepada parlimen dan menjawab semua isu dibangkitkan pembangkang, kerana kerajaan yakin ia telah mentadbir negara secara jujur tanpa rasuah yang berlaku dalam kerajaan-kerajaan sebelumnya,” katanya.