Misi cari wartawan, pakar peribumi hilang di hutan Amazon diteruskan

Misi cari wartawan, pakar peribumi hilang di hutan Amazon diteruskan

Wartawan Dom Phillips yang bekerja untuk akhbar The Guardian, berpangkalan di Britain dan pakar peribumi Bruno Pereira dilaporkan hilang awal Jun.

Polis menjalankan operasi mencari dan menyelamat wartawan Dom Phillips dan pakar peribumi Bruno Pereira di Sungai Itaquai.
BUENOS AIRES:
Menteri Kehakiman Brazil Anderson Torres pada Selasa berkata usaha mencari wartawan Britain Dom Phillips dan pakar peribumi Bruno Pereira, yang hilang sejak awal bulan ini di hutan hujan Amazon diteruskan.

Torres berkata Phillips dan Pereira hilang di kawasan yang sukar, lapor agensi Anadolu memetik agensi berita rasmi Brazil, Agencia Brasil.

Mengenai pasukan keselamatan, Torres berkata: “Pencarian diteruskan seperti yang saya janjikan. Saya bertemu dengan menteri Amerika Syarikat dan Britain. Saya berjanji tidak akan menghentikan pencarian dengan menggunakan semua kemudahan yang ada di kawasan itu.”

Phillips, 57, yang bekerja untuk akhbar The Guardian, berpangkalan di Britain dan mengembara ke wilayah itu untuk menulis buku mengenai orang asli di Amazon, dan Pereira, 41, pakar di Yayasan Peribumi Nasional, hilang sejak 5 Jun lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.