
Sebahagian besar negara itu, dari Nebraska ke Virginia Barat di tengah AS, sehingga Wisconsin di utara dan Mississippi di selatan akan menyaksikan indeks haba meningkat dari Isnin sehingga pertengahan minggu, kata Perkhidmatan Kaji Cuaca Kebangsaan.
Hujan dan ribut petir dijangka melanda di Barat Tengah Amerika pada awal Isnin sebelum suhu semakin panas menjelang petang.
“Rancang lebih awal untuk mengelak penyakit berkaitan haba, dan periksalah saudara-mara serta jiran-jiran. Cuaca panas dijangka reda pada hujung minggu,” kata perkhidmatan kaji cuaca di Twitter.
Orang ramai turut dinasihatkan tidak berada di luar, mengelak aktiviti lasak dan sentiasa memastikan minum air yang mencukupi.
Cuaca panas turut dijangka melanda barat daya AS dan sebahagian Texas dengan suhu waktu siang dijangka sekitar 38 celsius sehingga lewat Isnin.
Cuaca di Phoenix mencecah 45.5 celsius pada Sabtu, yang tertinggi setakat ini.