25 maut bas terjunam dalam gaung di India

25 maut bas terjunam dalam gaung di India

Bas yang membawa 30 penumpang itu dilaporkan dalam perjalanan dari Panna di Madhya Pradesh menuju ke sebuah kuil di daerah Uttarkashi.

Bas yang terjunam dalam gaung di Uttarakhand, utara India itu membawa 30 penumpang, termasuk pemandu dan seorang pembantu. (Gambar Facebook)
NEW DELHI:
Seramai 25 penumpang terbunuh selepas sebuah bas terjunam ke dalam gaung di Uttarakhand, utara India pada Ahad.

Bas itu membawa 30 penumpang, termasuk pemandu dan seorang pembantu, menurut laporan media tempatan.

Penumpang bas itu dilaporkan dalam perjalanan dari Panna di Madhya Pradesh menuju ke sebuah kuil di daerah Uttarkashi, kira-kira 165km dari Dehradun, bandar raya Uttarakhand.

“Pegawai telah diarahkan untuk menyiasat nahas itu,” kata Ketua Menteri Uttarakhand Pushkar Singh Dhami dalam ciapan di Twitter.

Ketua Menteri Madhya Pradesh Shivraj Singh Chouhan, pentadbiran Uttarakhand dan Pejabat Perdana Menteri mengumumkan bayaran ex gratia berjumlah 800,000 rupee (kira-kira RM45,200) kepada keluarga mangsa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.