Korea Utara lancar 8 tembakan peluru berpandu jarak dekat

Korea Utara lancar 8 tembakan peluru berpandu jarak dekat

Pelancaran dikesan dari kawasan Sunan di Pyongyang dari sekitar 9.08 pagi hingga 9.43 pagi waktu tempatan hari ini, kata tentera Korea Selatan.

Ujian pelancaran peluru berpandu balistik oleh Korea Utara pada Januari. (Gambar AP)
SEOUL:
Korea Utara melancarkan lapan peluru berpandu balistik jarak dekat ke perairan pantai timurnya hari ini, kata Ketua Turus Bersama Korea Selatan.

Beliau berkata, pelancaran dikesan dari kawasan Sunan di Pyongyang dari sekitar 9.08 pagi hingga 9.43 pagi waktu tempatan, sambil menambah, tentera Korea Selatan mengekalkan posisi siap siaga penuh dengan kerjasama erat bersama Amerika Syarikat sambil terus memperkukuh pengawasan dan kewaspadaan.

Ini adalah pelancaran peluru berpandu ke-18 oleh Korea Utara tahun ini dan ketiga sejak Presiden Korea Selatan Yoon Suk-yeol memegang jawatan pada 10 Mei, lapor Xinhua memetik laporan Agensi Berita Yonhap.

Pejabat presiden berkata satu mesyuarat majlis keselamatan negara akan diadakan bagi membincangkan pelancaran peluru berpandu oleh Korea Utara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.