PBB gesa Mali siasat serangan sasar pasukan misi pengaman

PBB gesa Mali siasat serangan sasar pasukan misi pengaman

Ia susulan seorang anggota misi pengaman Misi Penstabilan Bersepadu Multidimensi PBB di Mali (Minusma) terbunuh dan tiga lagi cedera dalam serangan berhampiran bandar Kidal di timur laut Mali.

Misi Penstabilan Bersepadu Multidimensi PBB di Mali (Minusma) beroperasi pada 2013 dan merekodkan lebih 200 kematian dengan kadar tertinggi dalam kalangan misi pengaman PBB. (Gambar AFP)
MOSCOW:
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menggesa pihak berkuasa Mali menyiasat serangan yang menyasarkan konvoi logistik Misi Penstabilan Bersepadu Multidimensi PBB di Mali (Minusma) dan membawa dalangnya ke muka pengadilan, kata jurucakap Guterres.

Pada Rabu, seorang anggota misi pengaman Minusma terbunuh dan tiga lagi cedera dalam satu serangan berhampiran bandar Kidal di timur laut negara itu.

“Setiausaha agung mengulangi bahawa serangan yang menyasarkan pasukan pengaman PBB mungkin merupakan jenayah perang di bawah undang-undang antarabangsa.

“Beliau menggesa pihak berkuasa Mali untuk mengenal pasti pelakunya supaya mereka boleh dibawa ke muka pengadilan secepat mungkin,” kata Guterres dalam satu kenyataan.

Guterres turut mengutuk sekeras-kerasnya serangan itu dan mengucapkan takziah kepada waris mangsa dan berharap mereka yang cedera segera sembuh, lapor Sputnik.

Minusma mula beroperasi di Mali pada 2013. Sejak penubuhannya, Minusma mencatatkan lebih 200 kematian, kadar tertinggi dalam kalangan misi pengaman PBB.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.