Arab Saudi khaskan 4 lapangan terbang untuk terima jemaah haji

Arab Saudi khaskan 4 lapangan terbang untuk terima jemaah haji

Pemegang visa bukan haji tidak lagi dibenarkan memasuki negara itu melalui empat lapangan terbang terbabit untuk tempoh 10 Jun hingga 10 Julai.

Dalam tempoh 10 Jun hingga 10 Julai, hanya pergerakan jemaah haji sahaja dibenarkan di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah. (Gambar Wikipedia)
KUALA LUMPUR:
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Saudi (GACA) mengumumkan senarai empat lapangan terbang yang dikhaskan untuk menerima jemaah haji bagi musim haji 1443 Hijrah, lapor akhbar Mesir, Elwatan.

GACA menerusi surat edarannya kepada syarikat penerbangan yang beroperasi di negara itu menyatakan lapangan terbang di Jeddah, Madinah, Yanbu dan Taif diluluskan untuk pergerakan jemaah haji sahaja.

Sehubungan itu, pemegang visa bukan haji tidak lagi dibenar memasuki Arab Saudi melalui empat lapangan terbang berkenaan untuk tempoh 10 Zulkaedah (10 Jun) hingga 10 Zulhijjah 1443H (10 Julai 2022).

Memetik Jeddah Airports Company, akhbar itu melaporkan larangan perjalanan bagi pemegang visa lawatan, komersial dan visa pelancong ke Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah berkuat kuasa 10 Zulkaedah hingga 10 Zulhijjah 1443H.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.