Ratusan kolam renang di UK bakal ditutup akibat kenaikan kos

Ratusan kolam renang di UK bakal ditutup akibat kenaikan kos

Penutupan itu kerana kolam menjadi usang dan proses membaik pulih memerlukan kos yang tinggi.

Menurut Swim England, hampir separuh daripada 4,000 kolam di United Kingdom bakal ditutup menjelang 2030. (Gambar fail)
MOSCOW:
Beratus-ratus kolam renang di United Kingdom (UK) berdepan risiko ditutup ekoran kesan pandemik Covid-19 dan kenaikan mendadak harga tenaga, lapor Sputnik, memetik akhbar Financial Times pada Sabtu.

Menurut akhbar itu, berenang adalah aktiviti fizikal paling popular di UK namun, sebelum pandemik badan induk kebangsaan renang Swim England, menyatakan hampir separuh daripada 4,000 kolam di negara itu bakal ditutup menjelang 2030.

Penutupan itu kerana kolam menjadi usang dan proses membaik pulih memerlukan kos yang tinggi.

Ketua Swim England, Jane Nickerson, berkata jumlah kemudahan kolam renang yang bakal ditutup dijangka lebih tinggi berikutan peningkatan jumlah hutang akibat pandemik dan kenaikan harga tenaga antara 100 dan 150% sejak 2019.

Tinjauan UKActive mendapati 85% pengendali kolam renang awam menyatakan mereka akan mengurangkan perkhidmatan dalam tempoh enam bulan akan datang, manakala 63% lagi berkemungkinan mengurangkan jumlah kakitangan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.