Banjir di Assam, India, ragut 30 nyawa jejas 500,000 penduduk

Banjir di Assam, India, ragut 30 nyawa jejas 500,000 penduduk

Banjir melanda 12 daerah itu setakat ini belum menunjukkan tanda akan reda.

Sebanyak 956 kampung masih ditenggelami air, manakala 47,139.12 hektar kawasan tanaman musnah. (Gambar AP)
NEW DELHI:
Banjir yang melanda negeri Assam, di India, telah menjejaskan lebih setengah juta penduduk dan meragut 30 nyawa setakat ini.

Menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negeri (ASDMA), banjir melanda 12 daerah dan setakat ini belum menunjukkan tanda akan reda, lapor Xinhua.

“Dua lagi kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas di daerah Nagaon, setakat ini 30 orang telah kehilangan nyawa akibat banjir dan tanah runtuh,” kata seorang pegawai ASDMA.

Buat masa ini, sebanyak 956 kampung masih ditenggelami air manakala 47,139.12 hektar kawasan tanaman musnah.

Pihak berkuasa tempatan telah membuka 365 kem pemindahan dan pusat pengedaran di enam daerah yang menempatkan kira-kira 66,836 orang termasuk 13,988 kanak-kanak.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.