Penyokong Imran Khan dihalang sertai ‘perarakan kebebasan’ di Islamabad

Penyokong Imran Khan dihalang sertai ‘perarakan kebebasan’ di Islamabad

Pihak berkuasa Pakistan menyekat laluan dengan menggunakan kontena dan blok konkrit bagi menghalang ribuan penyokong menyahut seruan bekas perdana menteri itu.

Imran Khan mengetuai perarakan dari wilayah Khyber Pakhtunkhwa (KPK). (Gambar AP)
NEW DELHI:
Ketegangan melanda kebanyakan bandar di Pakistan pada Rabu apabila penyokong bekas perdana menteri Imran Khan dihalang memasuki Islamabad untuk menyertai perarakan besar-besaran.

Pihak berkuasa Pakistan menyekat laluan dengan menggunakan kontena dan blok konkrit untuk menghalang beribu-ribu penyokong menyahut seruan Imran menyertai Azadi March (perarakan kebebasan).

Ramai pekerja dan pemimpin parti Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI) telah ditahan di wilayah Punjab, menurut maklumat yang dikongsi PTI di media sosial.

Pada Selasa kerajaan memutuskan untuk tidak membenarkan perhimpunan diadakan di Islamabad, namun tidak diendahkan Imran dan penyokongnya.

Imran mengetuai perarakan dari wilayah Khyber Pakhtunkhwa (KPK).

“Kami akan kekal di Islamabad sehingga pengumuman tarikh pembubaran Parlimen dan pilihan raya dibuat,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.