Imran beri tempoh 6 hari untuk kerajaan Pakistan umum tarikh pilihan raya

Imran beri tempoh 6 hari untuk kerajaan Pakistan umum tarikh pilihan raya

Selepas membatalkan protesnya di Islamabad, bekas perdana menteri Imran Khan, mendesak tarikh pilihan raya baharu diumumkan kurang seminggu lagi.

Bekas perdana menteri Imran Khan mengancam akan kembali ke Islamabad untuk melakukan protes sekiranya kerajaan tidak mengumumkan tarikh pilihan raya baharu. (Gambar AP)
NEW DELHI:
Bekas perdana menteri Pakistan Imran Khan, pada Khamis, memberi tempoh enam hari kepada kerajaan untuk mengumumkan tarikh pilihan raya baharu setelah beliau membatalkan protesnya di Islamabad, susulan pertempuran antara polis dan penyokongnya.

Sebelum itu, kerajaan Pakistan meminta bantuan tentera untuk melindungi bangunan-bangunan penting yang terletak di zon selamat di Islamabad, lokasi penyokong Imran berkumpul.

Ketua parti Tehreek-e-Insaf itu, berkata beliau mahu mengelak konfrontasi dengan polis dan pasukan keselamatan.

Imran berkata, beliau akan kembali ke Islamabad jika kerajaan tidak mengumumkan tarikh pilihan raya baharu dalam tempoh enam hari.

Beliau berkata, lima pekerja parti terbunuh dalam keganasan di bandar Karachi dan dua lokasi lain, pada Rabu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.