
“Sebahagian daripada bangunan Metropol setinggi 10 tingkat di Abadan, ibu negeri wilayah Khuzestan, runtuh,” menurut siaran televisyen kebangsaan yang turut menambah premis berkenaan masih dalam binaan.
Menurut anggaran awal, “sekurang-kurangnya empat orang disahkan maut dan 21 yang lain cedera,” kata Mojtaba Khaledi, jurucakap perkhidmatan penyelamat kebangsaan.
Sekurang-kurangnya 80 orang terperangkap dalam bangunan itu dan anjing penyelamat turut dikerahkan untuk mengesan mereka, lapor Bulan Sabit Merah.
Bangunan itu terletak di jalan raya paling sibuk di Abadan, yang turut menjadi lokasi pelbagai premis komersial, perubatan serta pejabat, menurut laporan televisyen kebangsaan.
Punca kejadian masih disiasat.