Pekebun Indonesia protes larangan eksport minyak sawit

Pekebun Indonesia protes larangan eksport minyak sawit

Ratusan petani ladang kecil Indonesia bergerak sambil membawa sepanduk antaranya bertulis 'Pekebun Malaysia tersenyum lebar, pekebun Indonesia menderita'.

Petani Indonesia mengadakan protes susulan larangan eksport minyak sawit oleh negara itu. (Gambar Reuters)
JAKARTA:
Ratusan petani ladang kecil Indonesia mengadakan bantahan di ibu kota ini dan bahagian lain negara itu, menuntut kerajaan menamatkan larangan eksport minyak sawit yang telah mengurangkan pendapatan mereka.

Mereka bergerak sambil membawa sepanduk antaranya bertulis “Pekebun Malaysia tersenyum lebar, pekebun Indonesia menderita”.

Indonesia, pengeksport minyak sawit terkemuka dunia, sejak 28 April lalu telah melarang eksport minyak sawit mentah dan beberapa produk berkaitannya dalam usaha mengawal harga minyak masak domestik yang melonjak, sehingga menjejas pasaran minyak sayuran global.

Malaysia pula adalah pengeluar minyak sawit kedua terbesar dunia dan menyasarkan untuk membekalkan kepada pasaran yang terkesan dengan larangan eksport Indonesia.

Selepas beberapa dasar yang dilaksanakan gagal mengawal kenaikan harga barangan makanan asas bagi isi rumah, Presiden Indonesia, Joko Widodo, melaksanakan larangan eksport minyak sawit dan produknya yang digunakan dalam penghasilan minyak masak,

Dalam kenyataan, kumpulan petani kecil APKASINDO berkata sejak larangan eksport, harga buah sawit telah turun 70% di bawah harga lantai yang ditetapkan oleh pihak berkuasa wilayah, lapor Reuters.

Presiden Indonesia, Joko Widodo, melaksanakan larangan eksport minyak sawit dan produknya yang digunakan dalam penghasilan minyak masak, selepas beberapa dasar yang dilaksanakan gagal mengawal kenaikan harga barangan makanan asas bagi isi rumah.

Data Kementerian Perdagangan Indonesia menunjukkan, purata harga minyak masak pukal adalah 17,300 rupiah (RM5.19) seliter setakat Jumaat lalu.

Penunjuk perasaan turut merancang untuk berarak ke Istana Presiden Indonesia, selain protes sama turut diadakan di 22 wilayah lain.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.