
TEHRAN: Iran adalah antara negara yang mencatatkan kadar tertinggi dalam pemvaksinan di dunia, kata Pengarah Pencegahan Penyakit Kementerian Kesihatan Iran, Mohsen Zahraei pada Selasa.
Zahraei membuat kenyataan itu dalam temu bual eksklusif dengan IRNA sempena Minggu Vaksinasi Sedunia.
Beliau berkata Kementerian Kesihatan Iran telah menyediakan perlindungan vaksinasi kepada 95% penduduk negara itu selama bertahun-tahun.
Tema program vaksinasi ialah ‘tiada kanak-kanak harus mati akibat penyakit yang boleh dicegah’.
Menurutnya, sejak beberapa minggu lalu kira-kira 235,000 rakyat asing berusia antara sembilan dan 30 tahun yang tinggal di Iran sudah menerima suntikan vaksin campak.