
Borne, 61, merupakan bekas menteri pengangkutan, ekologi dan buruh.
Beliau adalah wanita kedua menyandang jawatan itu selepas Edith Cresson (1991-1992) di bawah Presiden Francois Mitterrand.
Borne menggantikan Jean Castex, yang mengetuai barisan Kabinet Perancis pada Julai 2020, tetapi meletak jawatan lebih awal pada Isnin.
Pertukaran kerajaan dijangka sejak 24 April lalu, apabila Macron memenangi pilihan raya presiden menentang pemimpin sayap kanan, Marine Le Pen.
Penggal lima tahun kedua Macron secara rasmi bermula Sabtu lalu.
Borne menyokong Macron dalam pilihan raya presiden 2017 dan kemudian menyertai parti La Republique en Marche.