
“Mulai minggu depan, pelitup muka tidak lagi diwajibkan dalam penerbangan, seiring perubahan diperkenalkan pihak berkuasa kebangsaan di sekitar Eropah bagi pengangkutan awam,” kata pengarah eksekutif EASA Patrick Ky.
Itali, Perancis, Bulgaria dan negara Eropah lain semakin melonggarkan malah menghentikan kebanyakan atau semua langkah keselamatan yang sebelum ini diperkenalkan bagi mengekang penularan virus korona.
Beberapa syarikat penerbangan AS berkata penggunaan pelitup muka tidak lagi diwajibkan mulai April, selepas seorang hakim persekutuan di Florida memutuskan peraturan pentadbiran negara itu untuk penggunaannya dalam pengangkutan awam sebagai tidak sah.
Pengarah ECDC Andrea Ammon berkata, sekalipun memakai pelitup muka tidak lagi diwajibkan “adalah penting untuk beringat bahawa ia tetap kaedah terbaik mengekang penularan, seiring penjarakan sosial dan penjagaan kebersihan tangan”.
Peraturan berkaitan pemakaian pelitup muka dijangka berbeza-beza susulan ini, dengan syarikat penerbangan diarahkan menggalakkan penumpang terus menggunakannya dalam pesawat bagi destinasi di mana pemakaian pelitup muka masih diwajibkan, kata agensi-agensi berkenaan.