Operasi ke atas Ukraine ‘keputusan tepat’, kata Putin

Operasi ke atas Ukraine ‘keputusan tepat’, kata Putin

Presiden Rusia menjelaskan ia juga bertujuan untuk menghalang pencerobohan ke atas wilayahnya.

Vladimir Putin berkata Rusia pernah mencadangkan negara Nato menandatangani perjanjian keselamatan, tetapi enggan kerana mereka mempunyai rancangan berbeza dan serangan ke atas Crimea sedang diatur. (Gambar AFP)
MOSCOW:
Operasi ketenteraan khas Rusia di Ukraine adalah untuk menghalang pencerobohan ke atas wilayahnya dan ia “satu-satunya keputusan yang tepat”, kata Presiden Vladimir Putin, hari ini.

Berucap pada sambutan ke-77 Victory Day di Red Square, Moscow, Putin berkata, tentera berjuang untuk penduduk di Donbass dan keselamatan Rusia, lapor Agensi Anadolu (AA).

“Tahun lalu kami mencadangkan negara Nato menandatangani perjanjian keselamatan, tetapi mereka enggan mendengar cadangan kami, mereka mempunyai rancangan yang berbeza dan serangan ke atas Crimea sedang diatur.

“Perikatan itu memulakan gerakan ketenteraan di wilayah bersebelahan dengan kami…pertembungan dengan neo-Nazi tidak dapat dielakkan,” katanya.

Pada sambutan itu Putin turut bertafakur selama seminit untuk menghormati mereka yang terkorban dalam mempertahankan tanah air.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.