
Kishida bertemu rakan sejawatannya dari Thailand, Prayut Chan-o-cha, di Bangkok untuk membincangkan isu kepentingan global dan serantau.
Kedua-dua pemimpin itu antara lainnya sepakat bekerjasama untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan ke Ukraine dan negara jiran, serta menangani situasi di Myanmar dan program peluru berpandu dan nuklear Korea Utara.
“Perjanjian pemindahan peralatan dan teknologi pertahanan itu satu lagi langkah ke hadapan bagi mengembangkan kerjasama pertahanan dua hala,” kata Kishida, lapor Sputnik memetik Agensi Berita Kyodo.
Kishida sedang dalam rangka lawatan ke beberapa negara, termasuk Indonesia, Vietnam dan Thailand, serta Itali dan United Kingdom sejak Jumaat lepas.