
ROM: Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov pada Ahad menafikan laporan mendakwa Moscow akan menamatkan perang dengan Ukraine pada 9 Mei ini sempena ulang tahun kemenangan Rusia ke atas tentera Nazi ketika Perang Dunia Kedua.
“Rusia tidak mahu percepatkan operasi khas di Ukraine sehingga ke Hari Kemenangan terhadap tentera Nazi pada 9 Mei,” demikian lapor Agensi Anadolu yang memetik Lavrov berkata demikian kepada saluran televisyen Itali, Rete 4.
“Tentera kami tidak akan mengatur semula tindakan mereka untuk menamatkan operasi pada tarikh tertentu.
“Rentak operasi di Ukraine terutamanya, bergantung kepada keperluan untuk meminimumkan risiko terhadap populasi awam dan anggota tentera Rusia”.