
Kenaikan kos tenaga dalam tempoh dua tahun lalu adalah yang tertinggi sejak 1973, menurut tinjauan Pasaran Komoditi Bank Dunia.
Kenaikan harga komoditi makanan yang Rusia dan Ukraine merupakan pengeluar besar, termasuk baja, yang bergantung kepada gas asli sebagai input pengeluaran, telah meningkat sejak 2008.
Laporan itu menganggarkan kos tenaga dijangka meningkat lebih 50% pada 2022 sebelum kembali susut pada 2023 dan 2024.
Harga minyak mentah Brent dijangka USD100 setong pada 2022, paras tertinggi sejak 2013 dan peningkatan lebih 40% berbanding 2021.
Harga minyak dijangka kembali sederhana kepada USD92 pada 2023, masih jauh di atas paras purata lima tahun sebanyak USD60 setong.
Sektor bukan tenaga, termasuk pertanian dan logam, diunjurkan meningkat hampir 20% pada 2022.
Harga gandum diramal meningkat lebih 40%, mencecah paras tertinggi dari segi nominal tahun ini.
Bagi harga logam pula ia diunjurkan menokok sebanyak 16% pada 2022 sebelum susut pada 2023 tetapi kekal pada paras tinggi.
Sementara itu, harga komoditi dijangka kekal melebihi purata lima tahun terakhir.
Sekiranya berlaku konflik berpanjangan atau sekatan tambahan ke atas Rusia, harga mungkin menjadi lebih tinggi dan tidak menentu berbanding unjuran sekarang.