FDA luluskan rawatan Covid-19 pertama bagi kanak-kanak di AS

FDA luluskan rawatan Covid-19 pertama bagi kanak-kanak di AS

Veklury diluluskan sebagai rawatan bagi kanak-kanak dijangkiti Covid-19 seawal usia 28 hari dengan berat sekurang-kurangnya 3kg.

Veklury diluluskan untuk kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital, atau mempunyai gejala ringan hingga sederhana yang berisiko tinggi menjadi lebih teruk.
LOS ANGELES:
Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) semalam meluluskan Veklury (remdesivir) sebagai rawatan bagi kanak-kanak dijangkiti Covid-19 seawal usia 28 hari dengan berat sekurang-kurangnya 3kg.

Ini menjadikan Veklury rawatan Covid-19 pertama diluluskan untuk kanak-kanak berusia bawah 12 tahun.

Veklury diluluskan untuk kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital, atau mempunyai gejala ringan hingga sederhana yang berisiko tinggi menjadi lebih teruk, lapor Xinhua.

Sebelum ini, Veklury hanya diluluskan untuk merawat pesakit dewasa dan kanak-kanak tertentu berusia 12 tahun ke atas yang mempunyai berat sekurang-kurangnya 40kg.

“Memandangkan Covid-19 boleh mengakibatkan kesan teruk pada kanak-kanak yang tiada vaksinasi pada masa ini, terdapat keperluan bagi rawatan yang selamat dan berkesan untuk golongan ini,” kata pengarah Pusat Penilaian dan Penyelidikan Ubat-Ubatan FDA Patrizia Cavazzoni.

PIX:
Related to kanak-kanak dijangkiti Covid-19 di AS OR ubat-ubatan
CAPTION:
Veklury diluluskan untuk kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital, atau mempunyai gejala ringan hingga sederhana yang berisiko tinggi menjadi lebih teruk.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.