Bot persiaran hilang di Jepun, 4 mangsa ditemui

Bot persiaran hilang di Jepun, 4 mangsa ditemui

Penyelamat menjumpai tiga lagi penumpang namun keadaan mereka masih tidak dapat dipastikan.

Pada Sabtu, bot persiaran KAZU 1 menghantar isyarat kecemasan selepas belayar meninggalkan pelabuhan Utoro di Hokkaido. Ia membawa 24 penumpang, termasuk dua kanak-kanak serta dua anak kapal. (Gambar AP)
TOKYO:
Empat penumpang bot pelancong KAZU 1 yang dilaporkan hilang di pantai Hokkaido Jepun ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri, lapor Sputnik memetik penyiar NHK.

Dalam kemas kini pada Ahad, NHK melaporkan penyelamat menjumpai tiga lagi penumpang namun keadaan mereka masih tidak dapat dipastikan.

Pada Sabtu, bot persiaran KAZU 1 menghantar isyarat kecemasan selepas belayar meninggalkan pelabuhan Utoro di Hokkaido.

Bot itu membawa 24 penumpang, termasuk dua kanak-kanak serta dua anak kapal.

Sebuah helikopter dan kapal peronda telah dihantar ke lokasi bot itu disyaki hilang tetapi penyelamat gagal menemui kapal berkenaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.