
“Perjalanan udara kembali pulih dengan baik dan kami jangka jumlahnya akan terus meningkat, terutamanya pada hujung minggu sepanjang Aidilfitri dan musim cuti sekolah pada Jun,” kata Ketua Pengarah Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) Han Kok Juan dalam kenyataan.
Menurut CAAS, peningkatan itu berdasarkan volum trafik yang meningkat di semua pasaran utama, dengan pertumbuhan kukuh terutamanya trafik keluar dan masuk dari Australia, Malaysia, Indonesia dan Thailand.
Peningkatan itu membabitkan pelancong antarabangsa dan tempatan, dengan warga Singapura dan penduduk tetap merangkumi 32% daripada jumlah keseluruhan, katanya.
Bilangan penerbangan penumpang juga meningkat kepada 38% pada minggu yang sama berbanding 29% pada bulan lepas.
Kekerapan penerbangan keluar dan masuk dari Australia, India, Indonesia, Malaysia dan Vietnam turut menyaksikan peningkatan yang ketara, katanya.