2 kotak hitam pesawat China Eastern Airlines sedang dinyahkod, kata pegawai

2 kotak hitam pesawat China Eastern Airlines sedang dinyahkod, kata pegawai

Analisis awal sedang dijalankan selepas proses mengesan dan mengambil gambar di persekitaran tapak, penyebaran serpihan dan tanda selesai dibuat.

Maklumat mengenai penumpang penerbangan, bagasi, kargo dan surat juga sedang diperiksa, kata Ketua Pejabat Pentadbiran Keselamatan Penerbangan Awam China. (Gambar AP)
NANNING:
Kedua-dua perakam penerbangan, atau kotak hitam, pesawat penumpang China Eastern Airlines yang terhempas di selatan China pada 21 Mac sedang dinyahkod, lapor Xinhua.

Analisis awal sedang dijalankan selepas proses mengesan dan mengambil gambar di persekitaran tapak, penyebaran serpihan dan tanda selesai dilakukan, kata Ketua Pejabat Pentadbiran Keselamatan Penerbangan Awam China, pada Khamis.

Pakar penerbangan juga sedang mengkaji dan menilai kemungkinan trajektori, postur dan daya hentaman pesawat ketika kejadian, kata Zhu dalam taklimat media.

“Dengan menganalisis data sistem automasi radar kawalan trafik udara, kami cuba membuat semula proses penerbangan sebenar sebelum nahas,” katanya sambil menambah bahawa maklumat mengenai penumpang penerbangan, bagasi, kargo dan surat juga sedang diperiksa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.