Lebih 800,000 tiket Piala Dunia di Qatar sudah terjual

Lebih 800,000 tiket Piala Dunia di Qatar sudah terjual

Jualan fasa pertama menarik minat pembeli yang sebahagian besarnya datang dari Qatar, Amerika Syarikat (AS), England, Mexico, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Jerman, India, Brazil, Argentina dan Arab Saudi.

FIFA juga mengadakan “tempoh jualan terpilih” untuk peminat yang tidak berpeluang membuat pembelian fasa pertama. (Gambar AP)
LONDON:
Peminat sudah membeli 804,186 tiket perlawanan Piala Dunia di Qatar hujung tahun ini pada jualan fasa pertama, kata badan induk bola sepak dunia dan penganjur kejohanan, FIFA, hari ini.

FIFA berkata, minat membeli tiket itu sebahagian besarnya datang dari Qatar, Amerika Syarikat (AS), England, Mexico, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Jerman, India, Brazil, Argentina dan Arab Saudi.

Tiket perlawanan pembukaan pada 21 Nov depan yang menampilkan pasukan tuan rumah, Qatar dan final pada 18 Dis menjadi pilihan paling popular.

Sebahagian besar daripada 32 slot untuk pasukan sudah dijual dengan pasukan yang masih belum layak akan dilengkapkan selepas ini.

Undian terakhir Piala Dunia dengan pasukan yang akan dibahagikan kepada kumpulan dijadualkan berlangsung, Jumaat ini.

FIFA menambah, peminat yang tidak berkesempatan pada pembelian fasa pertama masih berpeluang untuk mendapatkannya pada “tempoh jualan terpilih” menerusi laman web pada 5 April depan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.