
Rayuan itu dikeluarkan oleh Menteri Kehakiman Perancis, Jerman, Belanda, Sepanyol, Itali, Luxembourg dan Belgium.
Mereka “sebulat suara tidak menggalakkan orang Eropah daripada menyertai” barisan pejuang sukarela di medan peperangan Ukraine, menurut kenyataan yang diterbitkan selepas pertemuan mereka di Brussels.
Selepas tentera Rusia menceroboh pada 24 Feb, Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky secara terbuka menjemput warga asing untuk datang membantu negaranya di medan peperangan, seiring dengan rakyat Ukraine.
Pada 6 Mac, Ukraine berkata, kira-kira 20,000 orang telah menjawab panggilan tersebut.
“Jelasnya, kami tidak menggalakkan orang ramai untuk pergi ke zon perang,” kata Menteri Dalam Negeri Perancis Gerald Darmanin, yang negaranya kini mempengerusikan EU.
“Setakat yang saya tahu, sangat sedikit (pergi) dari Perancis yang boleh disahkan … hampir tiada.”