Taliban arahkan sekolah ditutup beberapa jam selepas dibuka semula

Taliban arahkan sekolah ditutup beberapa jam selepas dibuka semula

Arahan terbaharu menimbulkan kekeliruan kerana sekolah untuk pelajar perempuan dijadual dibuka semula hari ini.

Pelajar perempuan menghadiri kelas di ruang terbuka di sebuah sekolah rendah di Kabul pada Oktober 2020 (Gambar AP)
KABUL:
Taliban mengarahkan sekolah menengah untuk remaja perempuan, ditutup beberapa jam selepas dibuka pagi tadi.

Arahan terbaharu menimbulkan kekeliruan kerana sekolah untuk pelajar perempuan dijadual dibuka semula hari ini.

“Ya, ia benar.” jurucakap Taliban Inamullah Samangani memberitahu AFP ketika diminta untuk mengesahkan laporan supaya remaja perempuan diarahkan terus berada di rumah.

AFP sedang membuat penggambaran di Sekolah Tinggi Zarghona di ibu negara Kabul apabila seorang guru masuk dan mengarahkan semua orang pulang.

Pelajar kembali ke kelas buat kali pertama sejak Taliban merampas kuasa pada Ogos tahun lalu dengan sebak mengemas barang-barang mereka dan keluar.

Komuniti antarabangsa telah menjadikan hak pendidikan untuk semua perkara penting dalam rundingan mengenai bantuan dan pengiktirafan rejim Taliban yang baharu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.