
Parti Pakistan Tehreek-i-Insaf (PTI) pimpinan Khan sedang bergelut untuk mengekalkan majoriti tipis, apabila sekutunya dilihat enggan meneruskan sokongan terhadap kerajaan.
PTI menguasai 155 daripada keseluruhan 342 kerusi dan bergantung kepada sekutunya untuk mendapat majoriti mudah, iaitu 172 kerusi.
Sekutunya – Liga Muslim Pakistan – Quaid-I-Azam (PML-Q), Muttahida Quami Movement (MQM) dan Parti Awami Balochistan (BAP) – masing-masing mempunyai lima, tujuh dan empat kerusi.
PML (Q) dan MQM belum membuat keputusan sama ada akan menyokong atau membantah usul undi tidak percaya itu.
Sementara itu, pihak pembangkang yang mempunyai 162 kerusi hanya memerlukan 10 lagi undi untuk menyingkirkan Imran.