
“Kami telah memberi amaran kepada AS bahawa penghantaran senjata dari beberapa negara bukan saja berbahaya, malah menjadikan konvoi berkenaan sasaran,” kata Timbalan Menteri Luar Rusia Sergei Ryabkov.
Katanya, Moscow telah memberi amaran apa akibatnya jika senjata seperti sistem pertahanan udara dan peluru berpandu dihantar ke Ukraine.
Ryabkov berkata, Washington tidak memandang serius amaran Moscow itu, selain menambah dua negara berkenaan tidak mengadakan sebarang proses rundingan mengenai Ukraine.
Presiden Rusia Vladimir Putin mengerahkan tenteranya ke Ukraine pada 24 Feb atas alasan “menghapuskan pengaruh Nazi” di negara itu.
Moscow dikenakan pelbagai sekatan antarabangsa sejak serangan berkenaan dilancarkan.