
Selepas dua jam pusat pengundian dibuka pada 6 pagi, pegawai pilihan raya melaporkan purata keluar mengundi adalah 5%, rendah sedikit berbanding 5.6% pada pilihan raya 2017, lapor Yonhap.
Lebih 16 juta atau 36.93% daripada sejumlah 44 juta pengundi berdaftar sudah mengundi pada pengundian awal pada Jumaat dan Sabtu.
Pilihan raya itu diadakan ketika Korea Selatan menyaksikan peningkatan kes Covid-19 sejak beberapa minggu kebelakangan ini.
Lee, 57, bekas gabenor wilayah Gyeonggi, menggunakan pengalamannya dalam pentadbiran awam untuk berkempen dengan slogan presiden cekap dan pragmatik yang akan menyelesaikan isu ekonomi serta hubungan luar.
Sementara Yoon, 61, bekas ketua pendakwa raya, dengan slogan “adil, waras, prinsip dan kedaulatan undang-undang’.