Majlis Keselamatan PBB kecam insiden pengeboman masjid di Pakistan

Majlis Keselamatan PBB kecam insiden pengeboman masjid di Pakistan

Insiden yang berlaku di sebuah masjid Syiah di bandar Peshawar dekat barat laut Pakistan itu meragut 62 nyawa serta mencederakan hampir 200 yang lain.

Majlis Keselamatan PBB menegaskan apa jua bentuk dan manifestasi keganasan adalah satu ancaman paling serius kepada keamanan serta keselamatan antarabangsa. (Gambar Bernama)
KARACHI:
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Ahad mengecam “sekeras-kerasnya” insiden pengeboman di sebuah masjid Syiah di bandar Peshawar dekat barat laut Pakistan minggu lepas yang meragut 62 nyawa serta mencederakan hampir 200 yang lain.

“Majlis Keselamatan simpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan kerajaan Pakistan serta berharap mereka yang cedera cepat sembuh dan pulih sepenuhnya,” lapor Anadolu memetik kenyataan Kementerian Luar Pakistan.

Insiden berkenaan berlaku di Masjid Kucha Risaldar semasa solat Jumaat, Daesh/ISIS mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.

Majlis Keselamatan itu menegaskan bahawa apa jua bentuk dan manifestasi keganasan adalah satu ancaman paling serius kepada keamanan serta keselamatan antarabangsa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.