
“Hari ini, 5 Mac, bermula 10 pagi waktu Moscow, pihak Rusia mengisytiharkan rejim berdiam diri dan membuka koridor kemanusiaan untuk orang awam keluar dari Mariupol dan Volnovakha,” katanya.
Pengumuman itu dibuat selepas Datuk Bandar Mariupol, Vadim Boychenko hari ini berkata bahawa bandar itu berada di bawah “sekatan” oleh tentera Rusia selepas beberapa hari serangan “tidak berperikemanusiaan”.
Ketika mengepung Mariupol selama beberapa hari, tentera Rusia telah memotong bekalan elektrik, makanan, air, pemanas dan pengangkutannya ketika pertengahan musim sejuk, disamakan seperti sekatan dilakukan Nazi di Leningrad dalam Perang Dunia II.
“Buat masa ini, kami sedang mencari penyelesaian kepada masalah kemanusiaan dan semua cara yang mungkin untuk mengeluarkan Mariupol daripada sekatan,” kata Boychenko, yang menyeru gencatan senjata dan pembukaan koridor kemanusiaan untuk makanan dan ubat-ubatan.
Sejak tentera Presiden Vladimir Putin melakukan pencerobohan pada 24 Feb, Rusia telah menyerang bandar-bandar Ukraine, membunuh ratusan orang awam dan menyerang loji kuasa atom terbesar di Eropah.
Pencerobohan itu telah mendapat kecaman dan sekatan berat daripada negara-negara barat mengimbangi hukuman Kremlin dengan kebimbangan yang semakin meningkat.