
Amerika Syarikat tidak mempunyai duta di Beijing sejak Terry Branstad meletak jawatan pada Oktober 2020.
Burns, seorang diplomat veteran dan bekas duta AS ke NATO, tiba di China ketika hubungan antara dua ekonomi terbesar dunia itu berada pada tahap paling teruk dalam beberapa dekad.
Titik pergeseran yang berlaku baru-baru ini termasuk boikot diplomatik yang diketuai AS pada Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing bulan lalu, dan sokongan diplomatik China terhadap Rusia dalam pencerobohannya ke atas Ukraine.
Tweet kedutaan itu berkata, rancangan perjalanan Burns telah ditangguhkan kerana pandemik Covid-19 dan sekumpulan kakitangan kedutaan Amerika Syarikat dan keluarga mereka turut berangkat bersamanya.
Pencalonan Burns untuk jawatan itu oleh Presiden Joe Biden telah diluluskan oleh Senat AS pada 16 Dis.