Honda, Mazda gantung eksport ke Rusia

Honda, Mazda gantung eksport ke Rusia

Lebih banyak syarikat mengumumkan pematuhan mereka terhadap sekatan ekonomi yang dilaksanakan AS, Eropah dan Jepun ke atas Rusia.

TOKYO:
Honda akan berhenti mengeksport kereta, motosikal dan produk lain ke Rusia, manakala Mazda akan menggantung eksport alat ganti kenderaan ke kilangnya di negara itu, menurut laporan Nikkei.

Lebih banyak syarikat mengumumkan pematuhan mereka terhadap sekatan ekonomi yang dilaksanakan Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun ke atas Rusia.

Persekitaran perniagaan di negara itu dan nilai mata wangnya merosot dengan cepat, manakala rangkaian logistiknya berpecah.

Di Jepun, semakin banyak korporat beralih untuk mempertimbangkan semula langkah menjalankan perniagaan di Rusia.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.