
“Banyak perhatian diberikan kepada mereka yang melarikan diri ke negara jiran, namun penting juga untuk ingat bahawa sebilangan besar mereka yang terjejas masih berada dalam Ukraine,” kata Karolina Lindholm Billing, wakil UNHCR ke Ukraine kepada wartawan di Stockholm.
“Kami masih tiada maklumat mengenai jumlah sebenar mereka yang tersingkir di Ukraine, namun menganggarkan sekitar sejuta orang yang menyelamatkan diri termasuk berada dalam kereta api, bas atau kereta dalam usaha pergi ke tempat selamat,” katanya.
Tegasnya, wujud keperluan mendesak untuk memastikan golongan berkenaan mendapat makanan dan tempat berlindung.
UNHCR kini berusaha meningkatkan bantuan di dalam sempadan negara yang dibelenggu perang itu.
Sementara itu, di Geneva, UNHCR mengumumkan 660,000 orang telahpun melarikan diri dari Ukraine ke negara jiran, dengan bilangan itu semakin meningkat.