7 maut dalam gempa kuat di Sumatera Barat

7 maut dalam gempa kuat di Sumatera Barat

Seramai 85 lagi mangsa cedera dalam gempa kuat berukuran 6.2 pada skala Richter.

Sebuah masjid di Pasaman, Sumatera Barat, mengalami kerosakan teruk selepas gempa kuat berukuran 6.2 pada skala Richter melanda pada Jumaat. (Gambar AP)
JAKARTA:
Sekurang-kurangnya tujuh maut dan 85 lagi cedera, selepas gempa bumi melanda beberapa kawasan di Sumatera Barat pada Jumaat, menurut Lembaga Pengurusan Bencana Nasional Indonesia (BNPB).

Jurucakap BNPB, Abdul Muhari berkata lebih 5,000 orang ditempatkan di 35 pusat pemindahan di daerah Pasaman Barat.

Operasi mencari dan menyelamat membabitkan anggota penyelamat, tentera dan polis masih diteruskan di kawasan terjejas, katanya dalam kenyataan.

Gempa kuat berukuran 6.2 pada skala Richter memusnahkan berpuluh-puluh bangunan dan lebih 1,000 rumah mengalami kerosakan teruk.

Indonesia yang terletak dalam Lingkaran Api Pasifik menyaksikan kekerapan aktiviti seismik dan gunung berapi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.