Rusia serang ‘infrastruktur tentera kami’, kata pemimpin Ukraine

Rusia serang ‘infrastruktur tentera kami’, kata pemimpin Ukraine

Volodymyr Zelensky berikrar untuk menang dan menggesa rakyat supaya tidak panik.

Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy (kanan) melawat barisan hadapan di wilayah Donetsk pada 17 Feb. (Gambar AP)
KIEV:
Pemimpin Ukraine Volodymyr Zelensky hari ini berkata, Rusia sedang menyerang “infrastruktur ketenteraan” dan pengawal sempadan negaranya, tetapi menggesa rakyat supaya tidak panik dan berikrar untuk menang.

Dalam mesej video yang disiarkan di Facebook selepas Presiden Rusia Vladimir Putin mengumumkan pelancaran operasi ketenteraan terhadap Ukraine, Zelensky turut melaksanakan undang-undang tentera di seluruh negara, sambil menambah bahawa dia telah bercakap melalui telefon dengan Presiden AS Joe Biden.

“Pagi ini, Rusia melancarkan operasi ketenteraan baharu terhadap negara kita,” kata Zelensky dalam mesej berasingan yang disiarkan di laman web presiden.

“Ini adalah pencerobohan sinikal yang tidak berasas sama sekali,” katanya.

“Kami, rakyat Ukraine, telah menentukan masa depan kami sendiri sejak 1991,” katanya merujuk kepada tahun keruntuhan Kesatuan Soviet.

“Tetapi sekarang, apa yang diputuskan bukan sahaja masa depan negara kita tetapi juga masa depan bagaimana Eropah akan hidup.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.