Krisis Rusia-Ukraine mungkin jejas final UEFA di St Petersburg

Krisis Rusia-Ukraine mungkin jejas final UEFA di St Petersburg

UEFA telah menangguhkan perlawanan Liga Remaja antara Dynamo Kyiv dan Sporting Lisbon yang dijadualkan berlangsung di Kyiv pada 2 Mac ini.

Perlawanan akhir Liga Juara-juara UEFA 2022 dijadualkan berlangsung di St Petersburg pada Mei nanti. (Gambar Reuters)
ANKARA:
Krisis berterusan Rusia-Ukraine mungkin mencetuskan risiko terhadap perlawanan akhir saingan Liga Juara-juara UEFA 2022 yang dijadualkan berlangsung di St Petersburg, bandar kedua terbesar di Rusia, pada Mei ini, menurut UEFA.

“UEFA sentiasa memantau rapat keadaan dan sebarang keputusan akan dibuat dalam masa terdekat, jika perlu,” kata badan induk itu menurut laporan Agensi Anadolu.

Sebelum ini, UEFA menangguhkan perlawanan Liga Remaja antara Dynamo Kyiv dan Sporting Lisbon yang dijadualkan berlangsung di ibu negara Ukraine, Kyiv pada 2 Mac ini.

Presiden Rusia, Vladimir Putin pada Isnin mengiktiraf wilayah Luhansk dan Donetsk, serta mendakwa negara Barat mengabaikan kebimbangan utama Moscow berhubung keselamatannya.

Pengumuman itu menerima kecaman dunia yang disifatkan melanggar Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan undang-undang antarabangsa. Negara Barat berikrar mengenakan sekatan baharu ke atas Rusia.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.