Jepun pertimbang langkah baharu jika krisis Ukraine makin buruk

Jepun pertimbang langkah baharu jika krisis Ukraine makin buruk

Perdana Menteri Fumio Kishida mengulas pengiktirafan Rusia terhadap republik Donetsk dan Luhansk (DPR, LPR).

Perdana Menteri Fumio Kishida sebelum ini mengumumkan satu set sekatan termasuk larangan pengeluaran visa dan pembekuan dana simpanan republik Donetsk dan Luhansk; larangan eksport-import dengan republik itu; penempatan dan operasi serta hutang kerajaan di Jepun. (Gambar AP)
TOKYO:
Jepun akan mempertimbangkan langkah baharu untuk diterima pakai sekiranya keadaan di Ukraine kian meruncing, lapor Sputnik.

Perdana Menteri Fumio Kishida berkata demikian pada Rabu, mengulas pengiktirafan Rusia terhadap republik Donetsk dan Luhansk (DPR, LPR).

Terdahulu, Kishida mengumumkan satu set sekatan termasuk larangan pengeluaran visa dan pembekuan dana simpanan DPR dan LPR; larangan eksport-import dengan republik itu; penempatan dan operasi serta hutang kerajaan di Jepun.

“Keadaan (di Ukraine) masih sukar diramal keadaan mungkin berubah-ubah. Oleh itu, jika keadaannya bertambah buruk, bersama-sama dengan masyarakat antarabangsa, bermula dengan negara-negara G7, kita perlu segera mempertimbangkan pengenalan langkah baharu,” katanya.

Presiden Rusia Vladimir Putin pada Isnin menandatangani dekri mengiktiraf kemerdekaan DPR dan LPR daripada Ukraine dan akan memastikan keselamatan dua republik itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.